BAYARAN PENAJAAN PENERBITAN BUKU JASAMU DIKENANG
BAYARAN PENAJAAN PENERBITAN BUKU JASAMU DIKENANG
MAKLUMAN : SUMBANGAN KOS PENERBITAN DAN CETAKAN BUKU " JASAMU DIKENANG " SEMPENA 70 TAHUN ULANGTAHUN PENUBUHAN PERSATUAN BEKAS PASUKAN KESELAMATAN NEGARA MALAYSIA.
Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,
Tan Sri / Datuk Seri / Datuk / Tuan / Puan,
Untuk makluman, Persatuan Bekas Pasukan Keselamatan Negara Malaysia sedang proses menerbit dan mencetak buku bertajuk " Jasamu Dikenang " Sempena 70 tahun Penubuhan PBPKNM. Buku ini bertujuan mendokumentasikan jasa dan pengorbanan ahli pasukan keselamatan demi tatapan generasi akan datang.
Sehubungan dengan itu, pihak Persatuan amat mengalu alukan sumbangan ikhlas daripada pihak Tan Sri / Datuk Seri / Datuk / Tuan / Puan bagi menampung kos penerbitan dan Cetakan tersebut.
Segala sumbangan dan sokongan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Semoga usaha ini menjadi amal jariah dan penghargaan buat semua wira negara.
"JASAMU DIKENANG, BERBAKTI SETIA"
PEMANGKU YDP - PERSATUAN BEKAS PASUKAN KESELAMATAN NEGARA MALAYSIA
Ahmad Zaki Ahmad Ibrahim
